Thursday, February 27, 2014

STORY TIME



Saya dan Ilham ada (sekurang-kurangnya) satu masa istimewa dalam sehari; masa 'STORY'. Setiap kali saya bercerita, saya akan mulakan dengan mukaddimah yang sama iaitu: "Pada zaman dahulu, ada seorang budak...".

Dalam cerita-cerita inilah saya selitkan sifat-sifat yang baik yang ingin saya terapkan dalam diri Ilham. Contohnya, kena rajin solat & baca iqra', kena taat baba ummi, jangan main ipad banyak sangat, rajin-rajinkan diri tolong ummi, kena selalu kemas dan bersih, kena basuh mulut lepas makan etc. Selalunya, topik utama yang saya pilih akan berkait rapat dengan apa yang ingin saya tegur pada perbuatan Ilham pada hari tersebut.

Beberapa hari yang lalu, ketika kami dalam perjalanan ke pejabat Malaysia Reverted Muslim (MRM) menemani baba yang akan menyampaikan kuliah, Ilham request ummi bercerita. Oleh kerana kami sudah menghampiri destinasi, saya menjawab lebih kurang begini, "Malam ni baba yang akan cerita. Kita semua akan dengar baba cerita dekat tempat kuliah sekejap lagi."

"Tapi baba bukan cerita. Nanti baba tak cakap macam ni, "Pada zaman dahulu ada seorang budak".."

Jawapan polos Ilham cukup untuk membuatkan ummi dan baba ketawa sebentar, mengubat lelah beraktiviti sepanjang hari. Antara nikmat-nikmat yang Allah s.w.t selitkan disebalik kepayahan membesarkan anak - berkongsi keriangan zaman kanak-kanak mereka. Tidak mampu dibeli walau dengan seluruh isi dunia ini.

Alhamdulillah.

Thursday, September 19, 2013

Kenyataan Media Wanita IKRAM Malaysia: Isu Diskriminasi Terhadap Wanita Bertudung.

14 September 2013/8 Zulkaedah 1434H

Isu diskriminasi terhadap wanita bertudung kembali hangat dengan rentetan kejadian wanita yang tidak diambil bekerja hanya kerana dia bertudung, sedangkan dia mempunyai kelayakan pendidikan atau pengalaman. Seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil, telah memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama telah ditolak atas alasan dia bertudung. Sebelumnya pada bulan Jun 2013, Mokteh Bekeng dari Kajang, dalam ruangan Forum Utusan Malaysia  telah mengadu mengenai nasib yang menimpa anak saudaranya apabila salah sebuah hospital di Kuantan, hanya bersedia menawarkan kerja sebagai jururawat jika sanggup membuka tudung.
 
Di Malaysia, isu tudung pernah mencetuskan pelbagai kontroversi dari isu pelajar sekolah yang dilarang bertudung ketika bersukan (NST 23/3/2006) hinggalah pekerja hotel yang pernah dibuang kerja kerana mengenakan tudung (UM 27/2/2006). Di peringkat antarabangsa, isu hijab dan tudung juga sentiasa menjadi polemik yang menarik perhatian awam samada di benua Asia mahupun Eropah. Amat menarik sekali baru-baru ini, gerakan pro hijab di Sweden yang terdiri dari lelaki dan wanita Sweden telah menghantar gambar orang mengenakan hijab di atas talian untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap wanita yang dikasari kerana mengenakan hijab.
 
Apa  yang berlaku menunjukkan kepada kita, betapa besarnya cabaran untuk masyarakat dunia melaksanakanKonvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination ofAll Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa­-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Disember 1979 dan berkuat kuasa mulai 3 September 1981. Konvensyen ini memberi penekanan kepada usaha menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita, termasuk dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya. Malaysia meratifikasi CEDAW pada 5 Julai 1995.
 
Wanita IKRAM berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk:

1.      Semua pihak menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita bertudung kerana mereka hanya mengamalkan hak kebebasan beragama.
 
2.      Kerajaan perlu mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap majikan atau syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita bertudung. Wanita IKRAM menyokong pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim yang menyelar majikan yang mengamalkan diskriminasi seperti ini dan kementeriannya tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak terbabit.
 
3.      Setiap wanita mengetahui hak mereka yang dijamin melalui perlembagaan dan undang-undang. Mereka harus berani tampil untuk membuat aduan. Sudah tiba masanya, wanita dinilai atas kemampuan dan kebijaksanaan mereka, bukan atas tubuh badan dan rupa paras mereka.

Marilah sama-sama kita  HENTIKAN sebarang bentuk DISKRIMINASI dan KEGANASAN terhadap wanita daripada pelbagai latarbelakang, warna kulit dan juga bangsa.

Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia 

Sunday, June 3, 2012

Kembalinya seorang Bidadari..

Nazhan dan Husna

Semalam saya mendapat berita kematian sahabat kepada kakak saya, Kak Hasnah Hamzah. Saya pernah berjumpa dengannya  2 3 kali ketika Kak Hasnah berkunjung ke rumah dan ketika kami bersama-sama menyertai program. Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Menurut berita yang saya terima, ketika kemalangan, arwah sedang menyususkan anaknya dan duduk di bahagian belakang. 

Saat saya mendengarkan cerita berita itu, satu-satunya perkara yang memilukan hati saya adalah kerana anak-anak arwah masih kecil. Malah Husna masih menyusu! Sebuah tazkirah yang amat hebat buat diri saya - bahawa saat kematian telah datang, tiada satupun yang kita cintai dapat kita bawa pergi bersama. Mungkin kerana saya sangat rapat dengan Ilham, tidak jarang saya merasa "Ilham tak boleh jika tidak ada Ummi". Saya selalu berat hati meninggalkan dia.


Namun, Kak Hasnah tidaklah pergi begitu sahaja. Bagi saya beliau telah meninggalkan sebuah perkara yang sangat berharga bukan sahaja buat anak-anaknya, dirinya, malah ummat Islam secara keseluruhannya. Sebuah buku bertajuk "Kamceng Dengan Solat". Pernah saya terdengar sebuah wawancara di radio IKIM yang antara isinya seperti berikut:

"Surat khabar hayatnya 1 hari. Majalah hayatnya seminggu sehingga sebulan atau dua bergantung kepada kadar sirkulasinya. Berbeza dengan buku, hayatnya lebih lama (Benarkan? malah tak jarang saat si pemilik sudah tiada, buku-bukunya masih ada dan diwariskan pula kepada anak dan cucu). Maka, jika apa yang dituliskan itu baik, selama mana ia memberi manafaat kepada pembacanya, selama itulah pahalanya mengalir kepada penulisnya.."

"Kamceng Dengan Solat" - sebuah nasihat yang pasti akan dibaca berulang-ulang kali saat sang  anak merindukan si ibu. Sebuah tinggalan yang tidak ditinggalkan untuk ditatapi dengan air mata kerinduan tetapi untuk lebih dekat dengan Tuhan. Sungguh arwah Kak Hasnah adalah bidadari yang akan selalu hidup. Maka, tulislah tazkirah-tazkirah yang baik! Semoga ia menjadi saham ketika sudah tiada dan motivasi menuju  kebaikan buat yang masih ada. 

Semoga Allah merahmati arwah Kak Siti Hasnah binti Hamzah. 
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb-mu dalam keadaan redha lagi diredhai.."

Friday, April 13, 2012

Niqabi I am

Saya merasa terpanggil menulis tajuk ini. Sebetulnya sudah lama ingin berkongsi pandangan di sini tetapi kerana beban tugasan kampus yang menggunung ditambah perasaan bersalah pada Ilham sekiranya berlama-lama di hadapan komputer mnyebabkan niat saya seringkali terkandas di tengah jalan. Semoga Allah mempermudahkannya untuk saya pada malam ini.


SAYA & NIQAB 1.

Pertama kali saya mengenakan niqab tepatnya pada 1 Syawal sebaik setelah menamatkan SPM pada tahun 2003. Pada tahun tersebut, saya menerima banyak gangguan dari pemuda-pemuda dan menyebabkan saya merasa sangat tidak selesa berada di luar rumah. Ketika sayamenyatakan hasrat saya kepada ayah, ayah tidak membantah malah menceritakan kisah seorang pemuda ketika zaman Saidina Umar yang dinasihatkan keluar dari negeri kerana ketampanan wajahnya membuat ramai wanita tergoda.

Ujian pada ketika itu sangat besar kerana saya melakukan tanpa berguru. Saya menjadi sangat serba salah apabila berziarah ke rumah sanak saudara. Bagaimana ingin makan? Bagaimana ingin minum? Saya tidak tahu. Bolehkan membuka wajah dihadapan umum setelah memakai. Saya yang muda dan penuh kejahilan.

Pada bulan Januari tahun berikutnya, saya diterima menyambung pengajian di DQ. Termakbulnya sebuah doa yang saya panjatkan saban hari di bulan Ramadhan sebelumnya. Suasana di DQ sangat membantu kerana ramai senior yang berniqab ketika keluar kampus dan ramai juga pelajar baru yang mula belajar berniqab.

Namun, setelah tamat DQ dan meneruskan perjalanan ilmu ke Pusat Matrikulasi UIA, semangat berniqab saya mula pudar kerana suasana kampus yang tidak membantu ditambah pula ketika itu saya sudah mengikat janji dengan lelaki yang kini menjadi suami saya. Ketika itu saya merasakan punya strategi baru untuk menjauhkan lelaki2 yang ingin mendekati saya iaitu dengan kata keramat "saya sudah mengikat janji dengan seseorang". Lama kelamaan, saya akhirnya menanggalkan niqab saya dan selesa dengan sekadar berjubah dan bertudung labuh. Demikianlah bagaimana sebuah niat yang fana menyebabkan terkandasnya sebuah perjalanan.


SAYA & NIQAB 2.

Jika tidak salah ingatan saya, pada tahun ketiga perkahwinan kami, suami saya mula menganjurkan saya berniqab. Pada mulanya saya merasa sangat keberatan kerana saya pernah berniqab sebelum ini dan saya maklum cabarannya. Kami banyak berdiskusi tentang hukum. Kenapa? Apa batasannya? Tidak cukup sempurnakah pakaian saya sekarang? Bagaimana hukumnya menurut ulama'? Wajibkah? Setelah memakainya bolehkan membuka wajah di khalayak? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang saya ajukan. Penuh dengan air mata dan rajukan. Tetap suami saya tidak berputus asa memujuk saya. Beliau malah berbincang dengan ramai ustaz2 dan menelaah banyak buku untuk mencari jawapan yang tepat.

Perlu diketahui, tiga tahun sebelum itu, suami saya telah melakukan pelbagai usaha menyempurnakan pakaian saya. Bermula dengan stongan dan stokin di luar dan di dalam rumah (ketika kehadiran ipar duai) sehinggalah ke kekek di bawah dagu. Suami saya sangat teliti dalam soal ini. Beliau sangat teliti dalam soal warna, fesyen dan kejarangan pakaian. Saya yang jahil selalu menangis bila ditegur sehingga suatu hari suami saya berkata: "Abang bukan melakukan ini untuk abang, seikut nafsu abang. Bukan untuk kesenagan abang. Malah tak senang pun untuk melakukan ini. Tapi kena ingat bukan abang yang akan dipersoal kelak tapi sayang". Oh, ayat ini sangat menyedarkan saya.

Akhirnya saya kembali memakai niqab dengan niat menggembirakan hati suami saya (betapa tidak ikhlasnya saya ketika itu). Perbincangan masih tetap kami teruskan untuk meneguhkan hati saya kerana ketika itu hati saya masih lagi tidak berjumpa jawapan yang tepat untuk saya istiqamah. Saya sedar hal ini bukan fesyen yang berganti mengikut musim.

Saya pernah berkata kepada suami saya "Sayangkan dah jadi isteri abang. Tak de dah orang nak kat sayang. Abang jangan risau". Suami saya kemudian membalas "Niqab bukan dipakai kerana menutup wajah yang cantik. Kalau begitulah tujuannya, adakah orang yang tak cantik tak boleh berniqab? Kemudian, apa kayu ukur nak tentukan cantik atau tidak? Ia terlalu subjektif. Tetapi niqab ini adalah sunnah Ummahatul Mu'minin. Sebuah kemuliaan bagi wanita dimana wajahnya hanya dikhaskan untuk suaminya (which makes her husband so special) dan pakaiannya mampu menyebabkan orang lain malu melakukan kejahatan ke atas dirinya"

Ya, itulah jawapan yang saya cari-cari. SUNNAH. Bukan kerana menutup wajah yang cantik, bukan kerana untuk mengelak fitnah dan jawapan tipikal lainnya. Tapi kerana sunnah. Kecantikan akan pudar. Fitnah boleh hilang. Tetapi sebuah sunnah akan selamanya relevan diamalkan. Malah untuk SEMUA dan di mana sahaja! Cara hidup terbaik yang diajarkan oleh manusia terbaik melalui petunjuk Ilahi. Walaupun kelompongan di hati saya sudahpun terisi, pada permulaan saya kembali berniqab, suami saya masih selalu berkata kepada saya, "Ini bukanlah paksaan kerana hukumnya bukanlah wajib. Abang tak mahu sayang lakukan kerana terpaksa".


SUAMI SEORANG NIQABI.

Saya kira tiada salahnya saya katakan bahawa suami saya suami yang sangat baik (kerana semua isteri juga akan mengatakan begitu tentang suaminya kan?). Kehidupan pasca niqab sangat menarik. Suami saya sangat memainkan peranannya. Jika kami makan diluar, beliau akan mencarikan tempat2 yang terlindung. Beliau sangat sensitif terhadap keinginan saya. Walaupun tidak saya ungkapkan, tetap beliau mengetahui. Ada sekali saya sangat teringin mandi air terjun which I think is so impossible as a niqabi. Suami saya tetap sedaya upaya memenuhi keinginan saya dengan cara mencari tempat2 yang agak tersembunyi supaya saya boleh "berenang" bersama Ilham. Beliau juga sentiasa mencari2 peluang supaya tetap boleh melakukan aktiviti seperti orang lain dalam keadaan aurat saya tetap rapi terjaga. Saya sedar, semuanya dilakukan dengan segala susah payah agar sang isteri ini tidak merasa "kurang" hanya kerana memakai niqab. Beliau selalu berkata "semuanya ada caranya". Beliau yang selalu istimewa di hati saya.

Bagi saya, peranan suami (atau bapa dan saudara laki2 jika masih bujang) ini sangat penting dalam kehidupan seorang niqabi. Tanpa bantuan dan sokongan meraka2 ini, wanita2 berniqab mungkin hanya melakukannya separuh jalan.


YANG PERLU DIJAGA

Memakai niqab perlulah dilakukan dengan ilmu. Ilmu apa? Ilmu berkaitan prioriti aurat wanita. Seseorang yang berniqab akan terlihat sangat tempang jika wajah ditutup tetapi kakinya terbuka. Atau mungkin ketika dia sangat menjaga wajahnya agar tidak terlihat, dia mengabaikan lengan bajunya yang terselak dan menampakkah pangkal lengannya. Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana yang lebih utama dijaga adalah kaki dan lengan tersebut kerana hukumnya wajib sedangkan menutup wajah adalah sunnah.

Begitu juga halnya jika seorang yang berniqab tetapi suaranya bermanja2 ketika bercakap dengan lelaki ajanbi dan galak hilai tawanya, maka ketika itu kain yang meliputi wajahnya bukanlah lagi menjadi perisai. Benar, niqabi bukan malaikat. Tetapi saat anda memutuskan menjadi seorang niqabi, mengikuti jejak ummahatul mu'minin, ikutilah secara keseluruhannya. Jangan diambil hanya yang mahu dan ditinggalkan apa yang kurang cocok dengan qalbu. Terkadang kita terlalai dan akhlak kita terlihat tidak "matching" dengan penampilan kita, maka berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.


NIQABI DAN FB

Bolehkah meletakkan gambar yang menampakkan wajah di FB? Tentu saja boleh kerana wajah menurut jumhur ulama' bukanlah aurat wanita. Tetapi tanyakan kembali kepada diri anda, untuk apa sebenarnya anda berniqab jika wajah anda boleh sahaja ditonton sesiapa di FB. Mungkin ada yang mengatakan, "Owh, saya restricted kepada perempuan sahaja". Saya beri anda situasi sebenar. Hakikatnya, kawan2 perempuan anda juga mempunyai suami, ayah, adik, pakcik, abang dan saudara2 yang jantinanya lelaki. Saya sendiri terkadang melayari FB bersama suami. Jadi system restricted di FB bukanlah apa-apa yang boleh diberi kepercayaan.

Ada juga yang berkata "kalau begitu bagaimana ingin saling mengenali jika bertemu di luar FB". Percayalah, tetap tidak akan timbul apa-apa masalah jika tidak meletakkan gambar. Saya pernah menghadapi masalah yang sama di saat seorang kenalan meminta saya meletakkan gambar di FB. Saya mendiamkan diri kerana tidak tahu apa jawapan yang sesuai sehingga akhirnya saya bertanya kepada suami (lagi dan lagi). Ringkas suami saya menjawab, "Jemputlah dia datang ke rumah. Masak-masak sikit". Ya, itulah antara jalan keluar terbaik. Bukan sahaja dapat berkenalan lebih mesra malah ikatan ukhuwah juga akan lebih rapat.

Seorang sahabat yang telah lama tidak saya temui, baru-baru ini menegur saya di daurah yang saya hadiri. Saya terkejut dan berkata "Reef boleh cam saya?" (sebab hanya nampak mata). "Boleh" jawabnya santai. Betapa indahnya sebuah ukhuwah. Tidak mungkin terhalang oleh hanya sehelai kain.


ISTIQAMAHLAH WAHAI UKHTI MUSLIMAH

Yang anda baca ini hanyalah tulisan seorang pelajar Matematik yang tidak fasih berbahasa arab apatah lagi membaca kitab2. Saya bukan ustazah apa lagi pelajar jurusan agama. Tetapi niqab bukanlah pakaian pelajar agama dan ustazah sahaja. Semua muslimah seharusnya sentiasa memperbaiki pakaiannya. Saya sangat ingin menjalani kehidupan yang sekali ini dengan cara terbaik yang diajarkan sang nabi. Bukankah kita dibolehkan berlumba-lumba (malah cemburu) dalam soal ibadah. Tidak sewajarnya timbul rasa hati "Dia tu pakai niqab nak tunjuk dia lebih baik dari kita lah tu" kerana rasa hati seperti itu hanyalah melambatkan kita dalam proses memperbaiki diri.

Nasihat saya kepada sahabat2 yang ingin memulakan perjalanan niqab ini, juga kepada yang already-a-niqabi (yang saya perhatikan semakin hari semakin ramai alhamdulillah), lakukanlah dengan ilmu yang benar dan cara yang betul. Juga, sentiasalah berlapang dada menjawab dan menghadapi mereka2 yang merasa kita sangat "alien". Sesungguhnya mereka tidak tahu dan saya selalu percaya jika diberi maklumat yang benar, mereka juga akan senang berdamping dengan kita. Semoga kita diberi hidayah untuk terus istiqamah sehingga ke akhir hayat kita. Ameen.

Tuesday, February 28, 2012

homemade playdough








Setiap kali baba pulang bercuti ke Malaysia, baba akan hadiahkan Ilham toys baru. Untuk cuti semester 1 baru-baru ini, Ilham dapat Playdoh Breakfast Set dari baba. Tapi oleh kerana terlalu suka main, lama-lama playdoh jadi kurang sebab kering dan melekat di lantai. Ummi teringat time ummi kecil, tok ma pernah buatkan kami adik beradik playdoh. So, I searched for the recipe at youtube and Alhamdulillah there's plenty of em. Siapa-siapa yang berminat, bolehlah mencuba resepi di atas.

Monday, February 27, 2012

home school

kotak mainan anak-anak yang telah di'make-up'.

Ilham menjahit baby yaya.

kemahiran motor halus.

Ilham's sewing.

Toys from used materials.

Fidaa' berusaha.

Usayd yang under age, hanya boleh jadi pemerhati.

Siap!

Baby Fidaa' & Ilham. They coloured on their own.



It's Tuesday and Ummi's class will be only at 8.00pm. So, I've plenty of time to spend with Ilham. Hari ni ummi ajak anak-anak buat project "Sewing My Baby" untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Projek yang sangat fun untul anak-anak dan kosnya 'zero'. Cuma memerlukan sedikit kerajinan parents.

WHAT YOU HAVE TO DO?

1. Draw a picture of anything that might caught your child interest on a cardboard. Saya guna kotak kek terpakai dan lukis bentuk baby. Anything can do. Car, butterfly, star etc.
2. Coach your child colouring the picture. Introduce them to hues.
3. Lubangkan bahagian luar lukisan menggunakan puncher.
4. Masukkan riben di salah atu lubang dan simpul mati.
5. Di hujung satu lagi, gulung permukaan riben secara melintang dan selotep. Ia akan kelihatan seperti hujung tali kasut.
6. Aktiviti menjahit sedia dilakukan.

Melakukan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan ibu anak. Secara tak langsung juga, anda mencipta another toy untuk anak. Toys yang baik tidak seharusnya mahal kan? You can do it by your own. Selamat mencuba.