Thursday, February 27, 2014
STORY TIME
Saya dan Ilham ada (sekurang-kurangnya) satu masa istimewa dalam sehari; masa 'STORY'. Setiap kali saya bercerita, saya akan mulakan dengan mukaddimah yang sama iaitu: "Pada zaman dahulu, ada seorang budak...".
Dalam cerita-cerita inilah saya selitkan sifat-sifat yang baik yang ingin saya terapkan dalam diri Ilham. Contohnya, kena rajin solat & baca iqra', kena taat baba ummi, jangan main ipad banyak sangat, rajin-rajinkan diri tolong ummi, kena selalu kemas dan bersih, kena basuh mulut lepas makan etc. Selalunya, topik utama yang saya pilih akan berkait rapat dengan apa yang ingin saya tegur pada perbuatan Ilham pada hari tersebut.
Beberapa hari yang lalu, ketika kami dalam perjalanan ke pejabat Malaysia Reverted Muslim (MRM) menemani baba yang akan menyampaikan kuliah, Ilham request ummi bercerita. Oleh kerana kami sudah menghampiri destinasi, saya menjawab lebih kurang begini, "Malam ni baba yang akan cerita. Kita semua akan dengar baba cerita dekat tempat kuliah sekejap lagi."
"Tapi baba bukan cerita. Nanti baba tak cakap macam ni, "Pada zaman dahulu ada seorang budak".."
Jawapan polos Ilham cukup untuk membuatkan ummi dan baba ketawa sebentar, mengubat lelah beraktiviti sepanjang hari. Antara nikmat-nikmat yang Allah s.w.t selitkan disebalik kepayahan membesarkan anak - berkongsi keriangan zaman kanak-kanak mereka. Tidak mampu dibeli walau dengan seluruh isi dunia ini.
Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)