Saturday, December 24, 2011

Isteri Mithali 1 : Berbudi Pekerti Yang Baik


SIAPAKAH WANITA YANG DIKATAKAN BERBUDI PEKERTI MULIA?

Wanita yang berbudi pekerti yang baik adalah wanita yang disifatkan oleh seorang Arab Badwi dengan ucapannya:

"(Wanita berbudi baik) adalah wanita yang bila marah dia sopan santun. Bila ketawa hanya tersenyum. Jika membuat sesuatu maka dia membuat baik. Yang taat kepada suaminya dan selalu tetap berada di rumah".


LAWANNYA.

Menurut hukama',

"(Wanita yang buruk pekertinya) adalah wanita yang tegang urat lehernya, ucapannya berupa ancaman, suaranya keras, menyembunyikan kebaikan dan menyiarkan keburukan. Menolong masa atas suami dan tidak menolong suami atas masa (yang saya fahami di sini : melengah-lengahkan permintaan suami dan tidak membantu dalam pekerjaan/kesulitan suami).

Di hati tidak ada rasa sayang kepada suami dan tidak merasa takut kepadanya. Jika suami datang, maka dia pergi. Jika suami ketawa, maka dia menangis. Jika suami menangis maka dia ketawa. Jika suami menceraikannya, maka itulah pekerjaannya. dan jika mengekang, maka akan jadi bencana

Pipinya berubah dan noda hitam. Banyak mendakwa, sedikit menjaga diri. Makan dengan bercampur baur antara yang halal dan batil serta memperbanyak cercaan. Banyak menjerit, banyak marah, kotor lidahnya dan bersifat rendah (moral). Api kemarahannya tidak dapat dipadam dan tidak dapat dihentikan angin ributnya.

Sempit depanya, rosak tutup kepalanya. Anaknya kurus dan rumahnya banyak kotoran. Bila berkata-kata, mengancung-ngancungkan jarinya dan menangis di tempat perkumpulan orang ramai. Menampakkan diri dari tirai. menggonggong di muka pintu. Menangis padahal berbuat aniaya. Bersaksi padahal tidak hadir. Menghulur lidah dengan kepalsuan dan mengalir air mata dengan perbuatan jahat"

Ringkasnya, bahawa wanita yang buruk pekerti adalah wanita yang bersikap sombong kepada suami dengan lisan. Di hadapan suami tidak menjaga diri dari mencaci maki anak-anak. dan bagaimanapun keadaannya, tidak mahu berterima kasih kepada suami (tidak pernah merasa cukup).


PESAN BAGINDA RASULULLAH PADA WANITA.

Dalam suatu hadith yang datang dari sahabat yang bernama Jabir r.a., dia berkata:

"Saya hadir bersama Rasulullah SAW pada solat hari raya, maka beliau bermula dengan solat sebelum khutbah dengan azan tanpa iqamah. Kemudia beliau berdiri sambil bersandar pada Bilal, lalu menyuruh untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t, menganjurkan taat kepadaNya, memberikan nasihat kepada umat manusia dan mengingatkan mereka. Selanjutnya beliau bangkit sehingga datang kaum wanita, lalu beliau memberikan nasihat dan mengingatkan mereka :

"Bersedeqahlah kamu kerana sebahagian besar kamu menjadi kayu bakar neraka Jahannam."

Tiba-tiba berdiri seorang wanita yang duduk di tengah-tengah kaum wanita yang kedua-dua pipinya berubah dan bernoda hitam, lalu dia bertanya, "Kerana apa wahai Rasulullah?". Beliau bersabda :

"kerana kamu memperbanyak pergaduhan dan mengingkari suami"

Selanjutnya mereka (kaum wanita) mula bersedeqah dengan perhiasannya dan menjatuhkannya di pakaian Bilal" [Hadith Riwayat Bukhari]

Dan Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda :

"Allah s.w.t. tidak berkenan memandang perempuan yang tidak mahu berterima kasih kepada suami sedangkan dia tetap memerlukan"

Semoga Allah s.w.t. memberikan kita hidayah agar menjadi sebahagian dari wanita-wanita yang diseru diakhirat nanti dengan seruan "masuklah ke syurgaKu dari pintu mana pun yang kalian sukai" Allahumma ameen..

[Sumber : Mohd. Hasnawi & Zainab. 2009. Isteri Mithali Idaman Seorang Suami. Selangor. Jasmin Enterprise.]
**Sesetengah perkataan telah saya tafsirkan kepada bahasa yang lebih mudah agar senang difahami pembaca.

No comments:

Post a Comment