Thursday, February 27, 2014

STORY TIME



Saya dan Ilham ada (sekurang-kurangnya) satu masa istimewa dalam sehari; masa 'STORY'. Setiap kali saya bercerita, saya akan mulakan dengan mukaddimah yang sama iaitu: "Pada zaman dahulu, ada seorang budak...".

Dalam cerita-cerita inilah saya selitkan sifat-sifat yang baik yang ingin saya terapkan dalam diri Ilham. Contohnya, kena rajin solat & baca iqra', kena taat baba ummi, jangan main ipad banyak sangat, rajin-rajinkan diri tolong ummi, kena selalu kemas dan bersih, kena basuh mulut lepas makan etc. Selalunya, topik utama yang saya pilih akan berkait rapat dengan apa yang ingin saya tegur pada perbuatan Ilham pada hari tersebut.

Beberapa hari yang lalu, ketika kami dalam perjalanan ke pejabat Malaysia Reverted Muslim (MRM) menemani baba yang akan menyampaikan kuliah, Ilham request ummi bercerita. Oleh kerana kami sudah menghampiri destinasi, saya menjawab lebih kurang begini, "Malam ni baba yang akan cerita. Kita semua akan dengar baba cerita dekat tempat kuliah sekejap lagi."

"Tapi baba bukan cerita. Nanti baba tak cakap macam ni, "Pada zaman dahulu ada seorang budak".."

Jawapan polos Ilham cukup untuk membuatkan ummi dan baba ketawa sebentar, mengubat lelah beraktiviti sepanjang hari. Antara nikmat-nikmat yang Allah s.w.t selitkan disebalik kepayahan membesarkan anak - berkongsi keriangan zaman kanak-kanak mereka. Tidak mampu dibeli walau dengan seluruh isi dunia ini.

Alhamdulillah.

Thursday, September 19, 2013

Kenyataan Media Wanita IKRAM Malaysia: Isu Diskriminasi Terhadap Wanita Bertudung.

14 September 2013/8 Zulkaedah 1434H

Isu diskriminasi terhadap wanita bertudung kembali hangat dengan rentetan kejadian wanita yang tidak diambil bekerja hanya kerana dia bertudung, sedangkan dia mempunyai kelayakan pendidikan atau pengalaman. Seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil, telah memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama telah ditolak atas alasan dia bertudung. Sebelumnya pada bulan Jun 2013, Mokteh Bekeng dari Kajang, dalam ruangan Forum Utusan Malaysia  telah mengadu mengenai nasib yang menimpa anak saudaranya apabila salah sebuah hospital di Kuantan, hanya bersedia menawarkan kerja sebagai jururawat jika sanggup membuka tudung.
 
Di Malaysia, isu tudung pernah mencetuskan pelbagai kontroversi dari isu pelajar sekolah yang dilarang bertudung ketika bersukan (NST 23/3/2006) hinggalah pekerja hotel yang pernah dibuang kerja kerana mengenakan tudung (UM 27/2/2006). Di peringkat antarabangsa, isu hijab dan tudung juga sentiasa menjadi polemik yang menarik perhatian awam samada di benua Asia mahupun Eropah. Amat menarik sekali baru-baru ini, gerakan pro hijab di Sweden yang terdiri dari lelaki dan wanita Sweden telah menghantar gambar orang mengenakan hijab di atas talian untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap wanita yang dikasari kerana mengenakan hijab.
 
Apa  yang berlaku menunjukkan kepada kita, betapa besarnya cabaran untuk masyarakat dunia melaksanakanKonvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination ofAll Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa­-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Disember 1979 dan berkuat kuasa mulai 3 September 1981. Konvensyen ini memberi penekanan kepada usaha menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita, termasuk dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya. Malaysia meratifikasi CEDAW pada 5 Julai 1995.
 
Wanita IKRAM berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk:

1.      Semua pihak menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita bertudung kerana mereka hanya mengamalkan hak kebebasan beragama.
 
2.      Kerajaan perlu mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap majikan atau syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita bertudung. Wanita IKRAM menyokong pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim yang menyelar majikan yang mengamalkan diskriminasi seperti ini dan kementeriannya tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak terbabit.
 
3.      Setiap wanita mengetahui hak mereka yang dijamin melalui perlembagaan dan undang-undang. Mereka harus berani tampil untuk membuat aduan. Sudah tiba masanya, wanita dinilai atas kemampuan dan kebijaksanaan mereka, bukan atas tubuh badan dan rupa paras mereka.

Marilah sama-sama kita  HENTIKAN sebarang bentuk DISKRIMINASI dan KEGANASAN terhadap wanita daripada pelbagai latarbelakang, warna kulit dan juga bangsa.

Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia 

Sunday, June 3, 2012

Kembalinya seorang Bidadari..

Nazhan dan Husna

Semalam saya mendapat berita kematian sahabat kepada kakak saya, Kak Hasnah Hamzah. Saya pernah berjumpa dengannya  2 3 kali ketika Kak Hasnah berkunjung ke rumah dan ketika kami bersama-sama menyertai program. Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Menurut berita yang saya terima, ketika kemalangan, arwah sedang menyususkan anaknya dan duduk di bahagian belakang. 

Saat saya mendengarkan cerita berita itu, satu-satunya perkara yang memilukan hati saya adalah kerana anak-anak arwah masih kecil. Malah Husna masih menyusu! Sebuah tazkirah yang amat hebat buat diri saya - bahawa saat kematian telah datang, tiada satupun yang kita cintai dapat kita bawa pergi bersama. Mungkin kerana saya sangat rapat dengan Ilham, tidak jarang saya merasa "Ilham tak boleh jika tidak ada Ummi". Saya selalu berat hati meninggalkan dia.


Namun, Kak Hasnah tidaklah pergi begitu sahaja. Bagi saya beliau telah meninggalkan sebuah perkara yang sangat berharga bukan sahaja buat anak-anaknya, dirinya, malah ummat Islam secara keseluruhannya. Sebuah buku bertajuk "Kamceng Dengan Solat". Pernah saya terdengar sebuah wawancara di radio IKIM yang antara isinya seperti berikut:

"Surat khabar hayatnya 1 hari. Majalah hayatnya seminggu sehingga sebulan atau dua bergantung kepada kadar sirkulasinya. Berbeza dengan buku, hayatnya lebih lama (Benarkan? malah tak jarang saat si pemilik sudah tiada, buku-bukunya masih ada dan diwariskan pula kepada anak dan cucu). Maka, jika apa yang dituliskan itu baik, selama mana ia memberi manafaat kepada pembacanya, selama itulah pahalanya mengalir kepada penulisnya.."

"Kamceng Dengan Solat" - sebuah nasihat yang pasti akan dibaca berulang-ulang kali saat sang  anak merindukan si ibu. Sebuah tinggalan yang tidak ditinggalkan untuk ditatapi dengan air mata kerinduan tetapi untuk lebih dekat dengan Tuhan. Sungguh arwah Kak Hasnah adalah bidadari yang akan selalu hidup. Maka, tulislah tazkirah-tazkirah yang baik! Semoga ia menjadi saham ketika sudah tiada dan motivasi menuju  kebaikan buat yang masih ada. 

Semoga Allah merahmati arwah Kak Siti Hasnah binti Hamzah. 
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb-mu dalam keadaan redha lagi diredhai.."

Friday, April 13, 2012

Niqabi I am

Saya merasa terpanggil menulis tajuk ini. Sebetulnya sudah lama ingin berkongsi pandangan di sini tetapi kerana beban tugasan kampus yang menggunung ditambah perasaan bersalah pada Ilham sekiranya berlama-lama di hadapan komputer mnyebabkan niat saya seringkali terkandas di tengah jalan. Semoga Allah mempermudahkannya untuk saya pada malam ini.


SAYA & NIQAB 1.

Pertama kali saya mengenakan niqab tepatnya pada 1 Syawal sebaik setelah menamatkan SPM pada tahun 2003. Pada tahun tersebut, saya menerima banyak gangguan dari pemuda-pemuda dan menyebabkan saya merasa sangat tidak selesa berada di luar rumah. Ketika sayamenyatakan hasrat saya kepada ayah, ayah tidak membantah malah menceritakan kisah seorang pemuda ketika zaman Saidina Umar yang dinasihatkan keluar dari negeri kerana ketampanan wajahnya membuat ramai wanita tergoda.

Ujian pada ketika itu sangat besar kerana saya melakukan tanpa berguru. Saya menjadi sangat serba salah apabila berziarah ke rumah sanak saudara. Bagaimana ingin makan? Bagaimana ingin minum? Saya tidak tahu. Bolehkan membuka wajah dihadapan umum setelah memakai. Saya yang muda dan penuh kejahilan.

Pada bulan Januari tahun berikutnya, saya diterima menyambung pengajian di DQ. Termakbulnya sebuah doa yang saya panjatkan saban hari di bulan Ramadhan sebelumnya. Suasana di DQ sangat membantu kerana ramai senior yang berniqab ketika keluar kampus dan ramai juga pelajar baru yang mula belajar berniqab.

Namun, setelah tamat DQ dan meneruskan perjalanan ilmu ke Pusat Matrikulasi UIA, semangat berniqab saya mula pudar kerana suasana kampus yang tidak membantu ditambah pula ketika itu saya sudah mengikat janji dengan lelaki yang kini menjadi suami saya. Ketika itu saya merasakan punya strategi baru untuk menjauhkan lelaki2 yang ingin mendekati saya iaitu dengan kata keramat "saya sudah mengikat janji dengan seseorang". Lama kelamaan, saya akhirnya menanggalkan niqab saya dan selesa dengan sekadar berjubah dan bertudung labuh. Demikianlah bagaimana sebuah niat yang fana menyebabkan terkandasnya sebuah perjalanan.


SAYA & NIQAB 2.

Jika tidak salah ingatan saya, pada tahun ketiga perkahwinan kami, suami saya mula menganjurkan saya berniqab. Pada mulanya saya merasa sangat keberatan kerana saya pernah berniqab sebelum ini dan saya maklum cabarannya. Kami banyak berdiskusi tentang hukum. Kenapa? Apa batasannya? Tidak cukup sempurnakah pakaian saya sekarang? Bagaimana hukumnya menurut ulama'? Wajibkah? Setelah memakainya bolehkan membuka wajah di khalayak? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang saya ajukan. Penuh dengan air mata dan rajukan. Tetap suami saya tidak berputus asa memujuk saya. Beliau malah berbincang dengan ramai ustaz2 dan menelaah banyak buku untuk mencari jawapan yang tepat.

Perlu diketahui, tiga tahun sebelum itu, suami saya telah melakukan pelbagai usaha menyempurnakan pakaian saya. Bermula dengan stongan dan stokin di luar dan di dalam rumah (ketika kehadiran ipar duai) sehinggalah ke kekek di bawah dagu. Suami saya sangat teliti dalam soal ini. Beliau sangat teliti dalam soal warna, fesyen dan kejarangan pakaian. Saya yang jahil selalu menangis bila ditegur sehingga suatu hari suami saya berkata: "Abang bukan melakukan ini untuk abang, seikut nafsu abang. Bukan untuk kesenagan abang. Malah tak senang pun untuk melakukan ini. Tapi kena ingat bukan abang yang akan dipersoal kelak tapi sayang". Oh, ayat ini sangat menyedarkan saya.

Akhirnya saya kembali memakai niqab dengan niat menggembirakan hati suami saya (betapa tidak ikhlasnya saya ketika itu). Perbincangan masih tetap kami teruskan untuk meneguhkan hati saya kerana ketika itu hati saya masih lagi tidak berjumpa jawapan yang tepat untuk saya istiqamah. Saya sedar hal ini bukan fesyen yang berganti mengikut musim.

Saya pernah berkata kepada suami saya "Sayangkan dah jadi isteri abang. Tak de dah orang nak kat sayang. Abang jangan risau". Suami saya kemudian membalas "Niqab bukan dipakai kerana menutup wajah yang cantik. Kalau begitulah tujuannya, adakah orang yang tak cantik tak boleh berniqab? Kemudian, apa kayu ukur nak tentukan cantik atau tidak? Ia terlalu subjektif. Tetapi niqab ini adalah sunnah Ummahatul Mu'minin. Sebuah kemuliaan bagi wanita dimana wajahnya hanya dikhaskan untuk suaminya (which makes her husband so special) dan pakaiannya mampu menyebabkan orang lain malu melakukan kejahatan ke atas dirinya"

Ya, itulah jawapan yang saya cari-cari. SUNNAH. Bukan kerana menutup wajah yang cantik, bukan kerana untuk mengelak fitnah dan jawapan tipikal lainnya. Tapi kerana sunnah. Kecantikan akan pudar. Fitnah boleh hilang. Tetapi sebuah sunnah akan selamanya relevan diamalkan. Malah untuk SEMUA dan di mana sahaja! Cara hidup terbaik yang diajarkan oleh manusia terbaik melalui petunjuk Ilahi. Walaupun kelompongan di hati saya sudahpun terisi, pada permulaan saya kembali berniqab, suami saya masih selalu berkata kepada saya, "Ini bukanlah paksaan kerana hukumnya bukanlah wajib. Abang tak mahu sayang lakukan kerana terpaksa".


SUAMI SEORANG NIQABI.

Saya kira tiada salahnya saya katakan bahawa suami saya suami yang sangat baik (kerana semua isteri juga akan mengatakan begitu tentang suaminya kan?). Kehidupan pasca niqab sangat menarik. Suami saya sangat memainkan peranannya. Jika kami makan diluar, beliau akan mencarikan tempat2 yang terlindung. Beliau sangat sensitif terhadap keinginan saya. Walaupun tidak saya ungkapkan, tetap beliau mengetahui. Ada sekali saya sangat teringin mandi air terjun which I think is so impossible as a niqabi. Suami saya tetap sedaya upaya memenuhi keinginan saya dengan cara mencari tempat2 yang agak tersembunyi supaya saya boleh "berenang" bersama Ilham. Beliau juga sentiasa mencari2 peluang supaya tetap boleh melakukan aktiviti seperti orang lain dalam keadaan aurat saya tetap rapi terjaga. Saya sedar, semuanya dilakukan dengan segala susah payah agar sang isteri ini tidak merasa "kurang" hanya kerana memakai niqab. Beliau selalu berkata "semuanya ada caranya". Beliau yang selalu istimewa di hati saya.

Bagi saya, peranan suami (atau bapa dan saudara laki2 jika masih bujang) ini sangat penting dalam kehidupan seorang niqabi. Tanpa bantuan dan sokongan meraka2 ini, wanita2 berniqab mungkin hanya melakukannya separuh jalan.


YANG PERLU DIJAGA

Memakai niqab perlulah dilakukan dengan ilmu. Ilmu apa? Ilmu berkaitan prioriti aurat wanita. Seseorang yang berniqab akan terlihat sangat tempang jika wajah ditutup tetapi kakinya terbuka. Atau mungkin ketika dia sangat menjaga wajahnya agar tidak terlihat, dia mengabaikan lengan bajunya yang terselak dan menampakkah pangkal lengannya. Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana yang lebih utama dijaga adalah kaki dan lengan tersebut kerana hukumnya wajib sedangkan menutup wajah adalah sunnah.

Begitu juga halnya jika seorang yang berniqab tetapi suaranya bermanja2 ketika bercakap dengan lelaki ajanbi dan galak hilai tawanya, maka ketika itu kain yang meliputi wajahnya bukanlah lagi menjadi perisai. Benar, niqabi bukan malaikat. Tetapi saat anda memutuskan menjadi seorang niqabi, mengikuti jejak ummahatul mu'minin, ikutilah secara keseluruhannya. Jangan diambil hanya yang mahu dan ditinggalkan apa yang kurang cocok dengan qalbu. Terkadang kita terlalai dan akhlak kita terlihat tidak "matching" dengan penampilan kita, maka berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.


NIQABI DAN FB

Bolehkah meletakkan gambar yang menampakkan wajah di FB? Tentu saja boleh kerana wajah menurut jumhur ulama' bukanlah aurat wanita. Tetapi tanyakan kembali kepada diri anda, untuk apa sebenarnya anda berniqab jika wajah anda boleh sahaja ditonton sesiapa di FB. Mungkin ada yang mengatakan, "Owh, saya restricted kepada perempuan sahaja". Saya beri anda situasi sebenar. Hakikatnya, kawan2 perempuan anda juga mempunyai suami, ayah, adik, pakcik, abang dan saudara2 yang jantinanya lelaki. Saya sendiri terkadang melayari FB bersama suami. Jadi system restricted di FB bukanlah apa-apa yang boleh diberi kepercayaan.

Ada juga yang berkata "kalau begitu bagaimana ingin saling mengenali jika bertemu di luar FB". Percayalah, tetap tidak akan timbul apa-apa masalah jika tidak meletakkan gambar. Saya pernah menghadapi masalah yang sama di saat seorang kenalan meminta saya meletakkan gambar di FB. Saya mendiamkan diri kerana tidak tahu apa jawapan yang sesuai sehingga akhirnya saya bertanya kepada suami (lagi dan lagi). Ringkas suami saya menjawab, "Jemputlah dia datang ke rumah. Masak-masak sikit". Ya, itulah antara jalan keluar terbaik. Bukan sahaja dapat berkenalan lebih mesra malah ikatan ukhuwah juga akan lebih rapat.

Seorang sahabat yang telah lama tidak saya temui, baru-baru ini menegur saya di daurah yang saya hadiri. Saya terkejut dan berkata "Reef boleh cam saya?" (sebab hanya nampak mata). "Boleh" jawabnya santai. Betapa indahnya sebuah ukhuwah. Tidak mungkin terhalang oleh hanya sehelai kain.


ISTIQAMAHLAH WAHAI UKHTI MUSLIMAH

Yang anda baca ini hanyalah tulisan seorang pelajar Matematik yang tidak fasih berbahasa arab apatah lagi membaca kitab2. Saya bukan ustazah apa lagi pelajar jurusan agama. Tetapi niqab bukanlah pakaian pelajar agama dan ustazah sahaja. Semua muslimah seharusnya sentiasa memperbaiki pakaiannya. Saya sangat ingin menjalani kehidupan yang sekali ini dengan cara terbaik yang diajarkan sang nabi. Bukankah kita dibolehkan berlumba-lumba (malah cemburu) dalam soal ibadah. Tidak sewajarnya timbul rasa hati "Dia tu pakai niqab nak tunjuk dia lebih baik dari kita lah tu" kerana rasa hati seperti itu hanyalah melambatkan kita dalam proses memperbaiki diri.

Nasihat saya kepada sahabat2 yang ingin memulakan perjalanan niqab ini, juga kepada yang already-a-niqabi (yang saya perhatikan semakin hari semakin ramai alhamdulillah), lakukanlah dengan ilmu yang benar dan cara yang betul. Juga, sentiasalah berlapang dada menjawab dan menghadapi mereka2 yang merasa kita sangat "alien". Sesungguhnya mereka tidak tahu dan saya selalu percaya jika diberi maklumat yang benar, mereka juga akan senang berdamping dengan kita. Semoga kita diberi hidayah untuk terus istiqamah sehingga ke akhir hayat kita. Ameen.

Tuesday, February 28, 2012

homemade playdough








Setiap kali baba pulang bercuti ke Malaysia, baba akan hadiahkan Ilham toys baru. Untuk cuti semester 1 baru-baru ini, Ilham dapat Playdoh Breakfast Set dari baba. Tapi oleh kerana terlalu suka main, lama-lama playdoh jadi kurang sebab kering dan melekat di lantai. Ummi teringat time ummi kecil, tok ma pernah buatkan kami adik beradik playdoh. So, I searched for the recipe at youtube and Alhamdulillah there's plenty of em. Siapa-siapa yang berminat, bolehlah mencuba resepi di atas.

Monday, February 27, 2012

home school

kotak mainan anak-anak yang telah di'make-up'.

Ilham menjahit baby yaya.

kemahiran motor halus.

Ilham's sewing.

Toys from used materials.

Fidaa' berusaha.

Usayd yang under age, hanya boleh jadi pemerhati.

Siap!

Baby Fidaa' & Ilham. They coloured on their own.



It's Tuesday and Ummi's class will be only at 8.00pm. So, I've plenty of time to spend with Ilham. Hari ni ummi ajak anak-anak buat project "Sewing My Baby" untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Projek yang sangat fun untul anak-anak dan kosnya 'zero'. Cuma memerlukan sedikit kerajinan parents.

WHAT YOU HAVE TO DO?

1. Draw a picture of anything that might caught your child interest on a cardboard. Saya guna kotak kek terpakai dan lukis bentuk baby. Anything can do. Car, butterfly, star etc.
2. Coach your child colouring the picture. Introduce them to hues.
3. Lubangkan bahagian luar lukisan menggunakan puncher.
4. Masukkan riben di salah atu lubang dan simpul mati.
5. Di hujung satu lagi, gulung permukaan riben secara melintang dan selotep. Ia akan kelihatan seperti hujung tali kasut.
6. Aktiviti menjahit sedia dilakukan.

Melakukan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan ibu anak. Secara tak langsung juga, anda mencipta another toy untuk anak. Toys yang baik tidak seharusnya mahal kan? You can do it by your own. Selamat mencuba.

Sunday, February 19, 2012

How Your Child React


Today is the last day of ummi's holiday. I decided to spend this very precious day with my little princess Ilham. So, petang ini kami main raksaksa dan Yaya (karakter boboiboy) sebab Fidaa' main sekali (pretend to be Boboiboy). Time berlawan, Yaya pun buat-buat gigit tangan raksaksa, kemudian raksaksa pun buat-buat mati. Yaya terus kaget tengok raksaksa merangkap ummi dia mati sebab tangan kena gigit.

Yaya : Ummi bangunlah ummi.. bukan sakit pun.. (tiru ayat ummi time dia sakit sikit tapi menangis banyak).
Raksaksa : Sakit.. Yaya gigit tangan saya..
Yaya : Kejap ye. Ilham telefon Baba.

(Ambil kalkulator ummi)

Ilham : Hello. Baba, ummi sakit tangan kena gigit dengan Ilham.

Ummi tersenyum sendiri melihat tindakan pantas Ilham untuk selamatkan nyawa ummi. Ternyata Baba has been a part of her life eventhough Baba "sekolah jauuh". Semoga ikatan kekeluargaan ini sentiasa erat dan semua ahlinya berjaya ke syurga. Ameen.

Tuesday, February 14, 2012

Nota Sayang Buat Sahabatku Abir.

Studio student part 2 | KAED | UIAM
[I've always dreamt of this long ago]

Site model untuk projek terakhir sebelum saya meninggalkan KAED.

Convocation for BSc. Architecture, UIAM | 2010

Perkara ini berlaku ketika saya sedang di semester 2, sekitar tahun 2010, tepat seminggu sebelum study week atau dengan kata lain 2 minggu menjelang final exam. Beberapa hari sebelum itu, saya menjelajah blog2 studiomate ketika saya masih menuntut di UIAM. Melihat gambar2 studio. Lakaran2 plan yang sangat hebat. Meja lukisan. Model2 untuk diproposed. Semuanya membuatkan saya rindu. Sangat rindu. Melihat kawan-kawan sudah sangat maju ke hadapan. Sketching yang hebat. Rendering yang O.O. Apatah lagi apabila melihat gambar-gambar konvokesyen mereka2 yang telah menamatkan part1. Saya menjadi rindu. Tersangat RINDU. Rindu yang memakan diri saya.


DI MANAKAH SAYA KETIKA ITU?

Saya masih di tahun 2 pengajian di USIM. Mempelajari sesuatu yang telah lama saya tinggalkan dan bukanlah minat utama saya. Malah dengan hati yang penuh keraguan samada saya benar2 ingin melakukannya dan mampu melakukannya. Mathematics. Kali terakhir saya mempelajarinya secara serius ialah ketika di sekolah menengah iaitu pada tahun 2003. Kemudian saya pernah mengambil 1 subjek mathematics and statistics di matric. Dan itu berlaku pada tahun 2005. Saya mendaftar masuk secara rasmi ke USIM pada penghujung Disembar 2009, bererti setelah hampir 5 tahun selepas kali terakhir saya menyelesaikan masalah matematik. Saya terpaksa mengejar classmate saya yang sudah sangat maju kehadapan dengan 2 subjek matematik di matrik dan algebra ketika semester 1. Keadaan bertambah sukar kerana ketika itu Ilham masih kecil (1++ year old) dan saya berjauhan dengan suami.

Hal ini menjadikan saya sangat tidak semangat. Segala2 berkaitan architecture terbayang2 di mata saya. Saya tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kuliah. Pokoknya semangat saya terbang entah ke mana dan saya bagai orang hilang arah yang tidak tahu hendak ke mana, mahu melakukan apa dan bagaimana untuk bermula. Saya menangis setiap kali memandu seorang diri dan saya banyak termenung. Saya asyik terfikir, adakah saya telah mengambil keputusan yang salah selama ini? Ini benar2 bukan bidang saya.


KAU SEPERTI IKAN DI LAUT.

Akhirnya saya memutuskan untuk meminta nasihat dari sahabat lama saya yang sangat banyak mendokong saya dari dulu (mungkin dia juga tidak menyedari hal ini). Saya menceritakan masalah saya dan mohon dia menyatakan sesuatu untuk meneguhkan semula hati saya yang goyah. Alhamdulillah kerana Allah menghadiahkan saya sahabat sebaik dia. Dia membalas mesej saya dengan segera dengan menceritakan betapa perit kehidupan yang mereka lalui sebagai student arkitek. Jadual tak menentu, makian yang terpaksa ditelan ketika present, terpaksa bercampur lelaki dan perempuan. Dia juga mengingatkan saya bahawa Allah telah meletakkan saya di tempat yang selamat untuk saya.

Elmi Suraya


Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat saya ELMI SURAYA atas ubat yang mengubati jiwa saya. Ketika saya membaca kata2nya, hanya 1 yang terdetik di hati saya,

"Sungguh Allah itu tahu apa yang terbaik buat kita. DIA tahu in very precise, hamba ini jika diletakkan di sini pasti kehidupannya akan binasa. Tetapi jika hamba lain diletakkan ditempat yang sama, dia boleh survive duniawi dan ukhrawi".

Untuk bertahun2 pengajiannya di KAED, Elmi masih seperti ikan yang tetap tawar walau di laut nan masin. Tetapi saya? Baru 1 tahun di matrik, saya sudah berubah hampir 270 darjah. Terlalu banyak prinsip yang telah saya langgar. Saya meringankan banyak perkara berkaitan agama dan kehormatan diri. Entah bagaimana figur saya kini jika Allah tidak menyelamatkan saya pada 5 tahun yang lalu.


DI MANA SAYA SEKARANG?

Sekarang saya masih di sini. Meniti tahun2 terakhir pengajian (ada 2 semester lagi insya Allah). Menikmati peluang ilmu yang Allah hadiahkan kepada saya sebaik2nya. Saya benar2 sangat menikmati pembelajaran ini. Semakin lama saya mendalami bidang ini, saya semakin jatuh hati sehingga saya apabila saya mengenang apa yang pernah saya alami dahulu, saya merasa sangat bersyukur kerana Allah meneguhkan kaki saya untuk terus melangkah sehingga saya berpeluang merasai KEBAIKAN dari sesuatu yang tidak saya sukai pada awalnya sebagaimana janjiNya di dalam Al-Quran yang mulia :

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu (padahal) ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu (padahal) ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah : 216]


NOTA SAYANG BUAT SAHABATKU ABIR

Teruslah belajar kerana Allah menganjurkan hamba2Nya supaya menuntut ilmu. Teruslah belajar kerana ilmu itu akan membuat Abir lebih mengenal kehebatan Tuhan. Teruslah belajar kerana darjat orang berilmu adalah lebih tinggi berbanding yang tidak. Untuk tahun2 permulaan pengajian, memang kita akan merasa pelajaran yang ada kurang menarik kerana kebanyakannya adalah pelajaran umum sebelum masuk kepada peringkat yang lebih sukar. Insya Allah, semakin lama Abir dalam pengajian, Abir akan menemukan perkara2 yang lebih mencabar dan ketika itu pengajian akan bertambah menarik. Percayalah dan sabarlah menanti saat itu tiba.

**Kredit untuk gambar2 yang telah diculik dari FB Elmi, blog KAEDian dan iluvislam.com.

Sunday, February 12, 2012

Cookies & Cream Cheesecake



INGREDIENTS
350g OREO Cookies
80g Butter (melted)
375g Cream cheese (cubed and softened)
1/2 cup Caster sugar
1 tsp Vanilla Essence
1 cup Thickened cream
3 tsp Powdered gelatine (dissolved in 1/4 cup boiling water)
200g Compound/Couverture white chocolate (melted and cooled)

PREPARATION
PLACE 250g of OREO cookies into food processor. Process into fine crumbs. Add butter and process to combine. Press mixture into an 18cm - 28cm lamington tin lined with cling wrap. Refrigerate for 30 mins.

BEAT the cream cheese, sugar and vanilla until smooth. Then beat in the cream. Stir trough gelatine mixture and white chocolate.

CHOP remaining cookies, stir trough remaining cream cheese mixture and pour over the OREO base. Cover and refrigerate until set. Cut into slices/squares to serve.



BE CREATIVE FOR YOUR KIDS
Replace the crumb for the base with the OREO cookies and make a small chesecake for your little one.

Monday, January 2, 2012

Enjoying The Exam.


"I don't seek knowledge in order to get money as reward"
[Ummu Majdiyya]

I was so inspired when I read the above phrase. Knowledge is a mean to know Allah better. This is how beautiful Islam is. If you study hard to get a good pointer so that you'll be paid high wage, you will be so disappointed when you get bad exam result. Instead, if you seek knowledge for Allah, you'll find that it is fun to know new things and when you get bad exam result, you'll be eager to improve yourself and your knowledge (--> you get bad result coz you didn't give correct answer in your exam. You didn't give correct answer because you misinterpreted the knowledge you have). Exam is just a mean to measure how far you've digest the knowledge taught to you. Enjoy your exam!

"Wise man pointed to the moon. Crazy man just look at the hand"
[Chinese Proverb]
** Is this correct Emil? huhu

Wednesday, December 28, 2011

curiosity

Ilham is 2 years and 8 months old now. She asked a LOT of questions every second everyday repeatedly. Most of the time, I try my best to explain and answer every single question she asked. But sometimes I get annoyed and bored too especially during critical times such as when I'm racing with time to finish bundles of assignments, when I'm struggling with my revision for exams, when I'm emotionally not stable (well, I'm normal human being. I got problems too)..

CALM DOWN MUMMY

When I'm annoyed, I try to control my temper by stop whatever I did at that moment, sit down, take a deep breath and ponder about this:

"We learn language by memorizing. We memorize the word, how it's pronounced and what does it mean. For a little girl who is in the phase of vocabulary building, she needs to hear it repeatedly so that she will memorize. That's why kids ask a lot of questions and repeatedly. So, be patient mom. You were just the same when you were at that age. After all, you are the one who will be happy to hear your kid says something correctly, know how to respond in different situation and know the name of things around her."

It works you know. It makes me happy to repeat the same thing with consistent excitement all over again. Hope this works for you too. Till then. Love your children. They are your precious belongings.

Saturday, December 24, 2011

Isteri Mithali 1 : Berbudi Pekerti Yang Baik


SIAPAKAH WANITA YANG DIKATAKAN BERBUDI PEKERTI MULIA?

Wanita yang berbudi pekerti yang baik adalah wanita yang disifatkan oleh seorang Arab Badwi dengan ucapannya:

"(Wanita berbudi baik) adalah wanita yang bila marah dia sopan santun. Bila ketawa hanya tersenyum. Jika membuat sesuatu maka dia membuat baik. Yang taat kepada suaminya dan selalu tetap berada di rumah".


LAWANNYA.

Menurut hukama',

"(Wanita yang buruk pekertinya) adalah wanita yang tegang urat lehernya, ucapannya berupa ancaman, suaranya keras, menyembunyikan kebaikan dan menyiarkan keburukan. Menolong masa atas suami dan tidak menolong suami atas masa (yang saya fahami di sini : melengah-lengahkan permintaan suami dan tidak membantu dalam pekerjaan/kesulitan suami).

Di hati tidak ada rasa sayang kepada suami dan tidak merasa takut kepadanya. Jika suami datang, maka dia pergi. Jika suami ketawa, maka dia menangis. Jika suami menangis maka dia ketawa. Jika suami menceraikannya, maka itulah pekerjaannya. dan jika mengekang, maka akan jadi bencana

Pipinya berubah dan noda hitam. Banyak mendakwa, sedikit menjaga diri. Makan dengan bercampur baur antara yang halal dan batil serta memperbanyak cercaan. Banyak menjerit, banyak marah, kotor lidahnya dan bersifat rendah (moral). Api kemarahannya tidak dapat dipadam dan tidak dapat dihentikan angin ributnya.

Sempit depanya, rosak tutup kepalanya. Anaknya kurus dan rumahnya banyak kotoran. Bila berkata-kata, mengancung-ngancungkan jarinya dan menangis di tempat perkumpulan orang ramai. Menampakkan diri dari tirai. menggonggong di muka pintu. Menangis padahal berbuat aniaya. Bersaksi padahal tidak hadir. Menghulur lidah dengan kepalsuan dan mengalir air mata dengan perbuatan jahat"

Ringkasnya, bahawa wanita yang buruk pekerti adalah wanita yang bersikap sombong kepada suami dengan lisan. Di hadapan suami tidak menjaga diri dari mencaci maki anak-anak. dan bagaimanapun keadaannya, tidak mahu berterima kasih kepada suami (tidak pernah merasa cukup).


PESAN BAGINDA RASULULLAH PADA WANITA.

Dalam suatu hadith yang datang dari sahabat yang bernama Jabir r.a., dia berkata:

"Saya hadir bersama Rasulullah SAW pada solat hari raya, maka beliau bermula dengan solat sebelum khutbah dengan azan tanpa iqamah. Kemudia beliau berdiri sambil bersandar pada Bilal, lalu menyuruh untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t, menganjurkan taat kepadaNya, memberikan nasihat kepada umat manusia dan mengingatkan mereka. Selanjutnya beliau bangkit sehingga datang kaum wanita, lalu beliau memberikan nasihat dan mengingatkan mereka :

"Bersedeqahlah kamu kerana sebahagian besar kamu menjadi kayu bakar neraka Jahannam."

Tiba-tiba berdiri seorang wanita yang duduk di tengah-tengah kaum wanita yang kedua-dua pipinya berubah dan bernoda hitam, lalu dia bertanya, "Kerana apa wahai Rasulullah?". Beliau bersabda :

"kerana kamu memperbanyak pergaduhan dan mengingkari suami"

Selanjutnya mereka (kaum wanita) mula bersedeqah dengan perhiasannya dan menjatuhkannya di pakaian Bilal" [Hadith Riwayat Bukhari]

Dan Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda :

"Allah s.w.t. tidak berkenan memandang perempuan yang tidak mahu berterima kasih kepada suami sedangkan dia tetap memerlukan"

Semoga Allah s.w.t. memberikan kita hidayah agar menjadi sebahagian dari wanita-wanita yang diseru diakhirat nanti dengan seruan "masuklah ke syurgaKu dari pintu mana pun yang kalian sukai" Allahumma ameen..

[Sumber : Mohd. Hasnawi & Zainab. 2009. Isteri Mithali Idaman Seorang Suami. Selangor. Jasmin Enterprise.]
**Sesetengah perkataan telah saya tafsirkan kepada bahasa yang lebih mudah agar senang difahami pembaca.

Friday, December 23, 2011

Tombo Ati


Ubat hati ada lima perkaranya :

Yang pertama : Baca Quran dan maknanya.
Yang kedua : Solat malam dirikanlah.
Yang ketiga : Berkumpullah dengan orang soleh.
Yang keempat : Perbanyakkanlah berpuasa.
Yang kelima : Zikir malam perbanyakkanlah.

Nasionalisme : Pendirian IM

[Petikan dari Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna | Bab : Dakwah Kita | Tajuk : Pendirian Kita Terhadap Aliran Fahaman Lain]


NASIONALISME DAN KEGEMILANGAN SILAM

Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan.

Bukankah usaha kita membangkitkan hemah generasi masakini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam. Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyentuh aspek ini :

"Manusia ini seperti logam. Orang yang terbaik di zaman jahiliyyah adalah manusia terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami"

Dengan ini, anda boleh melihat Islam tidak menolak nasionalisme jika ia membawa maksud mulia ini.


NASIONALISME DAN UMMAH.

Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah orang yang paling utama menerima layanan yang baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad; maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya.

"Demi sesungguhnya keluarga tetap lebih berharga bagi seseorang walau seluruh manusia telah tunduk kepadanya"

Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap pihak untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.

Semua nilai nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam. Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini, malah kita sokong.


NASIONALISME JAHILIYYAH

Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh. Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang amat fanatik sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan arab, termasuk mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya jahiliyyah yang telah sekian lama pupus. Jika inilah nasionalisme yang dimaksudkan, maka nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk. Ia hanya membawa kerugian yang teruk kepada timur. Selain kehilangan segala warisannya dan merendahkan kedudukannya, Timur akan kehilangan segala keistimewan dan kesuciannya yang paling berharga. Namun, ia tidak sedikitpun akan mencemar agama Allah swt.

"Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan menderma), Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu" [Surah Muhammad : ayat 38]


NASIONALISME DAN PENCABULAN

Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri sehingga tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri seperti mana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa bangsa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggah sama sekali dengan nilai perikemanusiaan. Tindakan ini sebenarnya membawa maksud memanipulasi semua bangsa manusia demi mencapai suatu yang tidak pasti, suatu yang bukan hakiki dan tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa.


DUA TERAS

Ikhwan Muslimin tidak dapat menerima nasonalisme jika itu yang dimaksudkan atau apa sahaja yang membawa maksud yang sama. Ikhwan juga tidak perlu melaungkan semangat Firaun atau Arab atau Pheonix atau Syiria atau apa sahaja nama atau gelaran yang menjadi kebanggaan ramai manusia. Namun, Ikhwan menerima apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang merupakan seorang manusia yang sempurna malah seorang manusia terbaik yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. Sabda baginda, maksudnya :

"Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam dari tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan ketaqwaan"

Alangkah indah dan adilnya ungkapan ini. Semua manusia daripada Adam dan kerana itu mereka semua setaraf. Manusia hanya berbeza berdasarkan amalan mereka. jadi sepatutnya mereka bersaing dalam melakukan kebaikan. Sekiranya dua teras ini menjadi landasan kepada bangsa manusia, sudah tentu martabat manusia akan meningkat hingga ke puncak langit.

Pertama, semua manusia dari Adam, jadi mereka semua adalah bersaudara. Oleh itu, mereka perlu saling bekerjasama, bahu-membahu, berkasih sayang dan saling memimpin ke arah kebaikan.

Kedua, perbezaan antara manusia hanyalah berdasarkan amalan mereka. Jadi masing-masing perlu berusaha supaya dapat mengangkat martabat seluruh manusia. Apakah ada perkara yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap ini? Apakah ada didikan yang lebih baik daripada didikan Rasulullah s.a.w. ini?

Tidak lebih dari sesaat

Setiap kita saat ini sebenarnya
sedang berada dalam sebuah penantian
menuju perjalanan yang meletihkan dan melelahkan.
Sebuah perjalanan panjang menuju negeri abadi,
negeri yang akan memisahkan orang-orang yang fajir
dan orang-orang soleh yang beriman.
Sebuah fasa perjalanan
yang menyebabkan manusia akan berkata
"..sungguh hidup kita di dunia ini idak lebih dari sesaat sahaja.."

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar" [Surah Al-Ahzab : 70]

Tulisan lama, semangat baru..

Ketika zaman remaja saya, saya cukup suka menulis kata-kata kecil di setiap ruangan buku. Kata-kata yang indah ini akan saya baca berulang-ulang kali ketika saya merasa kehidupan ini sangat sukar, ketika saya merasa lalai dan jauh dari Allah, dan ketika saya bersedih tidak menemukan jawapan kepada persoalan kehidupan.

Hari ini, saya menemuinya kembali. Tulisan saya ketika saya baru selesai menamatkan pengajian di Darul Quran. Ketika saya membuka halaman pertama, ternyata tulisan saya masih utuh di situ..

"Wanita acuan Al-Quran...
adalah wanita yang punya iman.
Hatinya disaluti taqwa.
Hauskan ilmu.
Dahagakan pahala.
Solatnya adalah maruah dirinya.
Dia tidak pernah takut berkata benar.
Tidak pernah gentar melawan nafsu"..